~ BULETIN CO-DIDIK ~

Selasa | 06.03.2024

Pada hari Selasa, 6 Mac 2024 yang lalu, pihak CO-DIDIK berpeluang untuk memberikan taklimat keanggotaan CO-DIDIK di SK Sg Ular.

Taklimat keanggotaan ini telah disampaikan oleh Pengurus CO-DIDIK iaitu Encik Khairul Haiza dan dihadiri oleh Guru Besar serta guru-guru SK Sg Ular.

Alhamdulillah, program berlangsung tanpa sebarang masalah. Semoga dengan penerangan yang diberi, CO-DIDIK akan menerima lebih ramai keanggotaan baru daripada SK Sg Ular.

Pihak pengurusan CO-DIDIK mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga pendidik SK Sg Ular, khususnya Guru Besar Puan Ruslinah Binti Mohamed Kaseh atas kerjasama dan kebenaran untuk CO-DIDIK melaksanakan taklimat.