~ BULETIN CO-DIDIK ~

Selasa | 06.02.2024

Sempena pembukaan CO-DIDIK Hotel pada 8 Februari 2024, pihak pengurusan CO-DIDIK telah mengadakan satu Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin.

Majlis ini telah dihadiri oleh barisan anggota lembaga dan pengurusan CO-DIDIK bersama-sama dengan keluarga baru dari CO-DIDIK Hotel.

Alhamdulillah, majlis yang bermula dari jam 3 petang sehingga 5.30 petang berlangsung tanpa sebarang masalah. Besarlah pengharapan kami agar CO-DIDIK Hotel dapat beroperasi dengan baik dan semua urusan dipermudahkan

CO-DIDIK Hotel kini telah dibuka secara rasminya pada 8 Februari 2024. JOM CHECK IN!!