~ PAUTAN PERKHIDMATAN ~
~ Khairat Kematian ~
Bantuan kewangan diberikan jika berlaku kematian anggota, pasangan, anak, ibu atau bapa kandung
Hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta sijil kematian yang disahkan
Kemukakan permohonan dalam tempoh satu tahun dari tarikh kematian
Anggota : |
|
|
Pasangan : | Suami/Isteri (Bukan Anggota) : RM 1 000 |
|
Anak tanggungan/Anak angkat yang berdaftar : | Bawah umur 21 tahun : RM 750 |
|
Ibu bapa : | Ibu/Bapa kandung : RM 500 |
|
~ Sakit Kronik Yang Kekal ~
Bantuan kewangan diberikan jika berlaku kematian anggota, pasangan, anak, ibu atau bapa kandung
Hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta surat doktor pakar kerajaan/swasta
Anggota : | RM 1 000 |
Pasangan : | Suami/Isteri (Bukan Anggota) : RM 750 |
Anak tanggungan/Anak angkat yang berdaftar : | Bawah umur 21 tahun : RM 500 |
Senarai 37 jenis penyakit kritikal yang dilindungi :
Serangan Sakit Jantung | Penyakit Neuron Motor |
Strok (Angin Ahmar) | Penyakit Hati Kronik |
Pembedahan Pintasan Arteri Koronari | Jangkitan HIV (Pemindahan Darah) |
Kanser | Ensefalitis |
Kegagalan Buah Pinggang | Anemia Aplastik |
Hepatitis Fulminan | Kecederaan/Trauma Kepala (Kemalangan) |
Pemindahan Organ Utama | Penyakit Parkinson |
Kelumpuhan (Paraplegia,Tetraplegia) | Poliomeilitis |
Skelerosis Berganda | Tumor Otak Benigna |
Hipertensi Pulmonari | Penyakit Paru-paru Kronik |
Buta | Koma |
Pembedahan Injap Jantung | Pembedahan Otak |
Kelecuran Api Yang Teruk | Meningitis Bakteria |
Pembedahan Aorta | Penyakit Koronari Serius |
Hilang Suara | Sindrom Apalik |
Penyakit Alzheimer | Jangkitan HIV (Melalui Pekerjaan) |
Distrofi Otot | AIDS Peringkat Lewat |
Pekak | Penyakit Kronik (Disahkan Doktor Pakar) |
Penyakit Terminal |
~ Kemusnahan Rumah Kediaman (Disebabkan Kebakaran) ~
Pemberian maksimum bantuan kewangan kepada anggota sekali sahaja
Sumbangan kewangan berjumlah RM 5 000
Hantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan laporan polis (tertakluk kepada hasil siasatan) untuk diproses
~ Kemasukan Wad ~
Bermalam di wad (Bayaran sekali sahaja dalam setahun)
Tidak termasuk kes bersalin dan kes yang berkaitan dengannya
Muat turun Borang Tabung Kebajikan
Hantar borang permohonan yang lengkap kepada CO-DIDIK untuk diproses
Sumbangan yang diberikan berjumlah RM 250
Dokumen diperlukan : Discharge Note
~ Ibadah Umrah ~
Kelayakan diberi kepada anggota yang telah menjadi anggota selama 20 tahun tanpa putus dan had umur minimum anggota ialah 45 tahun
Permohonan adalah sah bagi tempoh 2 tahun sahaja. Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember setiap tahun
Sumbangan kebajikan berjumlah RM 2 000 dan diperuntukkan kepada 30 orang sahaja setiap tahun
Pemohon yang terpilih hendaklah mengurus sendiri pemergiannya ke Tanah Suci
~ Fardhu Haji ~
Tempoh permohonan dalam masa setahun dari tarikh pergi haji
Hantar borang permohonan yang lengkap beserta i) surat tawaran menunaikan haji dan ii) jadual penerbangan untuk pengesahan
Sumbangan kebajikan berjumlah RM 1 500
~ Pemberian Hadiah Dermasiswa ~
Klik pautan untuk muat turun borang permohonan dan lengkapkan borang ini
Anggota:
Kemukakan borang permohonan beserta salinan sijil & transkrip yang disahkan
Anak anggota:
Kemukakan borang permohonan beserta salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan dan surat beranak yang disahkan
Had umur maksimum : 30 tahun (semasa tarikh permohonan dibuat)
Tempoh Memohon:
Bagi peperiksaan awam SPM/STPM/STAM/TAHFIZ/MATRIKULASI dan Diploma dalam tempoh setahun selepas keputusan dikeluarkan
Tempoh Memohon:
Bagi kelulusan peringkat ijazah dalam tempoh setahun selepas keputusan dikeluarkan
~ Anugerah Anggota Setia~
Menjadi anggota koperasi tidak kurang 30 tahun dan tidak putus keanggotaan dalam tempoh tersebut
Anggota yang layak akan dipilih oleh CO-DIDIK sendiri dan tiada permohonan perlu dibuat
Sumbangan kebajikan berjumlah RM 1 000 (Bentuk anugerah diputuskan oleh ALK bergantung kepada keupayaan kewangan)
Modal syer dan yuran tidak kurang daripada RM 5 000 dan tiada hutang tertunggak sepanjang menjadi anggota